Salah satu cerietanya adalah gini:
Soalan Pertama
Atheis :”Pada
zama bilakah Tuhan Kamu dilahirkan?”
Pemuda tersebut
tersenyum lalu menjawab: “Allah Taala tidaklah sesuatu yang dilahirkan. Jika
Dia dilahirkan sudah tentu Dia punya bapa, allah juga tidak melahirkan. Jika
dia melahirkan maka sudah tentu dia punya anak.”
Soalan Kedua
Atheis:”Kalau
begitu,bilakah pula tuhan kamu wujud?”
Pemuda intu
seraya menjawab:”Allah Taala itu wujud sebelum adanya zaman, sedangkan zaman itu
sendiri adalah ciptaaNya, mana mungkin pencipta wujud selepas makhluk
ciptaaNya”
Soalan ketiga
Atheis:”cuba
kamu berikan kepada kami sedikit gambaran tentang Kewujudan Tuhan kamu yang
tiada permulaan ini. Bagaimana mungkin sesuatu itu ada tanpa ada permulaannya?”
Pemuda itu
menjawab:”Kamu pandai mengira?”
Kelompok Atheis
itumenjawab:
“Tentu sekali
kami pandai mengira”
Pemuda itu
meneruskan ucapannya: “Bolehkah kamu beritahu aku apakah nombor sebelumnombor
empat(4)?”
Atheis: “Nombor
3”
Pemuda : “Nombor
sebelum 3?”
Atheis : “Nombor
2”
Pemuda :”Nombor
sebelum 2?”
Atheis : “Nombor
1”
Pemuda :”Nombor
sebelum 1?”
Atheis : “
Tiada”
Pemuda itu tersenyum
lalu memberi penerangan:”Nah,kamu sendiri mengakui bahawa nombor 1 sebelumnya
tiada mulanya. Nombor yang merupakan cipataan Allah ini sendiri kamu akui bahawa
tiada permulaan baginya. Apatah lagi pencipta kepada nombor itu sendiri?”
Terpingga-pingga
kelompok atheis tersebut dengan jawapan
yang padat dan bernas dariapda pemuda itu. Ternyata mereka silap perkiraan
bila mana berhadapan dengan anak muda
ini. Pada mulanya mereka merasakan bahawa anak muda ini mudah dikalahkan, namun
telahan mereka ternyata menyeleweng. Mereka perlu lebih berhati-hati.
Soalan keempat
Atheis: “Tahniah anak muda
di atas jawapanmu sebentar tadi. Jangan sangka kamu berada di dalam keadaan
yang selesa. Baik, tolong kamu terangkan kepada kami, pada bahagian manakah
tuhan kamu mengadap?
Pemuda itu menjawab:”Jika
aku bawa sebuah pelita yagn dicucuh dengan api ke sebuah tempat yang gelap,
pada arah manakah cahaya pada api tersebut mengadap?”
Kelompok atheis menjawab:
“Cahaya itu tentulah akan menerangi keseluruhan arah.”
Pemuda itu berkata:”Jika
cahaya yang diciptakaNya itu pun kamu semua tidak mampu menerangkan pada arah
manakah ia mengadap, inikan pula Sang Pemilik cahaya langit dan bumi ini
sendiri?”
Kesemua hadirin yang mendengar jawapan dariapda pemuda itu bersorak kegembiraan. Kagum mereka dengan
kepetahan anak muda itu.
Soalan Kelima
Atheis: “Bolehkah kamu
terangkan kepada kami, bagaimana zat tuhan kamu?Apakah ianya keras seperti besi?
Atau Jenis yang mengalir lembut seperti air? Atau ianya jenis seprti debu dan
asap:”
Pemuda itu sekali lagi
tersenyum. Beliau menarik nafas spanjang lalu menghelanya perlahan-lahan. Lucu
sekali mendengar persoalan kelompok Atheis ini. Orang ramai tertungu-tunggu
penuh debaran apakah jawapan yang akan diberikan oleh pemuda itu.
Pemuda itu menjawab:”Kamu
semua tentu pernah duduk disebelah orang yang sakit hampir mati bukan?”
Ahteis menjawab:”tentu
sekali.”
Pemuda itu meneruskan:”Bila
mana orang sakit tadi mati, bolehkah kamu bercakap dengannya?
Kelompok Atheis tertawa lalu memberikan jawapan:”Adakah soalan seperti ini kamu tanyakan kepada kami wahai anak muda? Tentu sekali seorang yang mati itu tidak boleh bercakap dan bergerak. Ini kerana rohnya telah terpisah dariapda jasadnya.”
Kelompok Atheis tertawa lalu memberikan jawapan:”Adakah soalan seperti ini kamu tanyakan kepada kami wahai anak muda? Tentu sekali seorang yang mati itu tidak boleh bercakap dan bergerak. Ini kerana rohnya telah terpisah dariapda jasadnya.”
Pemuda itu tersenyum
mendengar jawapan mereka lalu berkata:”Baik, kamu mengaakan bahawa rohnya telah
terpisah darpada jasadnya bukan? Bolehkah kamu sifatkan kepada aku sekarang, bagaimanakah bentuk roh
tersebut. Adakah ianya keras
seperti besi, atau ianya mengalir lembut seperti air atau ianya seperti asap dan
debu yang berterbangan?”
Tertuntuk kesemua Atheis
tersebut bila mana mendengar persoalan bijak tersebut. Ternyata olokan mereka
sebentar tadi kembali tertimpa ke atas mereka.
Kelompok Athis menjawab
dengan keadaan penuh malu:”Maaf, tentu sekali kami tidak dapat mengetahui
bagaimana bentuknya.”
Pemuda itu lalu meneruskan
bicaranya:”jika makhluknya seperti roh tu pun kamu tidak mampu untuk menerangkannya kepada aku,
bagaiman mungkin kamu ingin menyuruh aku menerangkan bagaimana bentuk Tuhan
Pemilik Roh serta sekalian alam ini”
Soalan keenam
Atheis:”Dimanakah tuhan kamu
duduk sekarang?”
Pemuda itu kembali
bertanyakan soalan kepada mereka:”Jika kamu membacuh susu, tentu sekali kamu
mengetahui bahawa di dalam susu tersebut ada terdapat lemak bukan?Bolehkan kamu terangkan kepada saya, dimanakah tempatnya lemak tersebut berada?”
Kelompok Atheis menjawab:”kami tidak dapat menerangkan
kepada mu dekat mana kedudukan lemak di dalam susu tersebut ini kerana lemak
itu mengambil keseluruhan bahagian susu tersebut”
Pemuda itu seraya berkata:”Kamu sendiri lemah dalam memberikan
jawapan terhadap persolanaku sebentar tadi. Jika lemak di dalam susu pun tiada
tempat yang khusus baginya. Masakan pula kamu ingin mengatakan bahawa tuhan
pemilik Arasy itu ada tempat duduk
khusus bagiNya? Sungguh aku pelik dengan pesoalan-persoalankamu ini.”
Soalan ketujuh
Atheis: ”Kami pelik bagaimana jika masuk ke dalam syurga ada permulaannya (iaitu selepas dihisap oleh allah Taal di padang Mahsyar) namun bila
mana sudah berada di dalamnya maka tiada
lagi pengakirannya (maksudnya tiada kesudahannya dan akan selama-lamanya
di dalam syurga)?”
Pemuda itu tersenyum lagi
lalu menjawab:”Mengapa kamu pelik dengan perkara tersebut. Cuba kamu
lihat pada nombor. Ianya bermula dengan nombor satu bukan?Namu bolehkan kamu
terangkan kepada aku apakah nombor yang terakhir di dalam senarai nombor?”
Terkelu Kelompok atheis ini untuk memberikan jawapan. Tentu
sekali nombor tiada kesudahannya.. Pemuda itu tersenyum melihat kelompok Atheis
ini terkebil-kebil tidak mampu memberikan jawapan
Kemudian beliau menyambung bicaranya:”Nah, kamu sendiri
tidak mampu untuk menerangkan kepada ku apakah nombor terakhir bukan?
Jawapannya sudah tersedia di hadapan mata kepala kamu”
Soalan kelapan
Atheis: “ Kami ingin bertanya lagi, bagaimana mungkin seseorang
di dalam syurga menurut Nabi kamu tidak akan kencing dan berak. Sedangkan mereka
juga makan dan minum> Ini adalah perkara yang tidak masuk akal”.
Pemuda itu tenang membetulkan kedudukannya. Lalu beliau
menjawab:”aku dan kamu sebelumnya pernah berada di dalam perut ibu sebelum
dilahirkan Bukan?
Sembila bulan di dalam perut ibu, kita juga makan daripada
hasil darh ibu kita. Persoalanku, adakah kamu buang air kecil danbesar di dalam
perut ibumu? Sedangkan kamu juga makan di dalamnya?
Sekali lagi kelompok ini terdiam membisu seribu bahasa. Padat
sekali jawapan anak muda ini.
No comments:
Post a Comment