06 December 2014

TIPS PENCEGAHA JENAYAH: PECAH RUMAH

Bila kes pecah ruah seringberlaku?


  1. Ketika penghuni tiada di rumah, sama ada siang mahupun malam.
  2. Apabila tahap kerjasama sesama jiran kurang, malah tidak mengenali anatara satu samal lain.
  3. Apabila ada tanda-tanda kecuaian penghuni dalam aspek keselamatan rumahnya.
Bagaiman mengelakkan perkara ini dariapda berlaku:
  1. Kunci pintu dan tingkap apabila meninggalkan rumah walaupun untuk masa yang singkat.
  2. Jangan sembunyikan kunci rumah di dalam pasu. bawah alas kaki ataupun dalam rak kasut diluar rumah.
  3. Jangan tinggalkan nota menunjukkan anda tiada dirumah. Hentikan hantaran pesanan harian (surat khabar) apabila anda tiada di rumah untuk beberapa hari.
  4. Hentikan  hantara pesanan harian (surat khabar) apabila anda tiada di rumah untuk beberapa hari.
  5. Pasang  semua mangga atau kunci rumah yang  yang baru jika anda kehilangan anak kunci ataupun penyewa rumah bertukar.
  6. Elakkan dari memberi kunci rumah kepada kontraktor. 
  7. Simpan tangga dan peralatan (tools) di tempat yang selamat agar tidak digunakan oleh penceroboh.
  8. Wujudkan suasana rumah yang berpenghuni seperti bunyi radio dan lampu terpasang pada waktu malam (guna timer, alat kawalan wkatu).
  9. Cabut talian telefon bagi mengelakkan telefon berdering berterusan ataupun pasang sistem pesanan/simpanan suara (jangan maklum anda tiada dirumah).
  10. sertai program kejiranan, khususnya bersama polis untuk mengenali serta meningkatkan kerjasama antar komuniti dan polis.
  11. Berikan nombor  talian anda yang boleh dihubungi dan juga talian balai polis yang berhampiran.
  12. pastikan kebersihan persekitaran rumah agar tidak ditumbuhi lalang dan semak-samun yang boleh dijadikan tempat sembunyi penceroboh.
  13. Pastikan sekitar kawasan pagar kita tidak mempunyai pokok yang boleh digunakan oleh pencerobh untuk memasuki rumah dengan mudah.

Tips-tips TAMBAHAN BAGI MENGELAKKAN KEJADIAN PECAH RUMAH BERLAKU:

  1. Pintu utama dan pintu belakang perlu diperbuat dari bahan yang kukuh dan dilengkapi dengan sistem kunci yang berkualiti.
  2. Pasang 'door viewer" dan penyelak di pintu utama
  3. Passang jerji (grill) berkunci pada pintu dan tingkap rumah
  4. Pasang lampu (guna lampu yang jimat tenaga dan mesra alam) yang mempunyai alat pengesan untuk kawalan di luar rumah.
  5. Pasang alat keselamatan tambahan seperti pengera dan CCTV
Ikuti perkembangan ativiti polis ketika musim perayaan untuk mengetahui akan program Rakan Cop serta Program keselamatan Balik Kampung. terutamanya ketika musim perayaan

No comments:

Post a Comment