Sembah salam buat tatapan semua kekawan ku rakan seperjuangan delta Kompeni Bn 2 PPH. Semenjak diwujudkan atau dilahirkan kelompok ini. Ianya menjalarkan satu rangkaian persahabat yang seiring menyatukan perjuangan kepada Negara juga tanpa disedari keakraban terjalin dengan begitu akrab sekali.
Peringkat awalnya perkumpulan di satukan satu kelompok orang lama yang memegang no personal Pangkal 3 ..... hingga lah pangkal 12....
Ya allah aku bersyukur kau telah memberikan rahmat dalam etika persahabatan, perjuangan, kekeluargaan dalam bentuk yang tidak kami sedar sedari dulu lagi. Sesungguhnya perjalanan kehidupan seseorang sememangnya telah dirancang oleh mu Ya Allah.
Dalam kumpulan kecil izinkan saya pecahkan kepada kumpulan kepada satu kumpulan yang menjarakkan antara kami hanya masa. Asal perjuangan yang dimonopolikan oleh Kelompok orang Lama yang memeganga no personal dari Pangkal 3.... hingga pangkal 7...menjana perjuangan mempertahankan tanah air dari ancaman PKM. pelbagai rentetan perjuangan dan pengorbanan yang tak mampu di lahirkan secara catatan disini.....
Kemudian disambut oleh sekelompok anak muda yang membawa no personal dari Pangkal 7 .... hingga pangkal 9.....Menyambung perjuangan yang sama mempertahankan tanah air dari ancaman PKM. Rentetan persahabatan terhasil dari orang lama dan genarasi baru terjalin dengan begitu akrab sekali. terhasil dari semua pergerakan dalam operasi menghasilkan kejayaan demi kejayaan dengan mengurangkan kecederaan.... Alhamdulillah...
Terakhir kumpulan anak anak muda yang juga didiik kearah perjuangan untuk mempertahnankan Tanah Melayu. Demi bangsa Demi Agama. Mereka ini yang terdiri dari anak bangsa yang mempunyai kenalan No badan 9.... hingga pangkal 120...
Menjurus kesinambungan tiga kelompok ini tampa kami sedari sebenarnya telah melahirkan satu sifat kekeluargaan yang tidak disedari. Walau majoriti kami dipisahkan oleh Kelompok Bujangan dan Kelami. Kehidupan di Berek bujang penuh keceriaan di bereknya. Kelompok kelamin juga tidak kurang aktivitinya.
Justeru keadaan dan masa yang mengubah segalanya dipisahkan akibat kisah kerjaya telah berubah dari pejuang bangsa dan negera serta agama dalam bentuk peperangan. Kemudian kerjaya kami diubah dalam memberi khidmat kepada masyarakat. Akibat pertukaran demi pertukaran kami dipisahkan tanpa khabar berita diantara satu lain. Jumpa sekadar tanya khabar dan hilang.... Meneruskan kehidupan.
Terlalu jauh kami dipisahkan lantara kerjaya, keadaan, jati diri dan apa pun sebab penyebabnya. Berdasarkan kesedaran tersebut sekelumit insan yang ingin melihat sahabat seperjuangan ini di satukan dan dikumpul dengan penuh hemah. Penuh keceraan dalam mengenal arti kehidupan dan tanda bersyukur kepada Allah subahanawatalla. bahawa kita semua mampu bersatu , bertemu, bercerita , berkelompok dalam berkhidmat untuk diri sendiri dalam pasukan serta sahabat.
Mengumpul maklumat dan pencarian seorang demi seorang dapat ditemui dan dikesan. Akhirnya sebahagian kumpulan dapat disatu kan dalam pertemua yang tak terancang dengan penuh keikhlasan dan kesedaran.... Maka Wujud lah Kelab Veteran Delta 2 PPH
No comments:
Post a Comment