JALUR GEMILANG – NATIONAL FLAG OF MALAYSIA
Keterangan Jalur Gemilang dalam Bahasa Melayu:
Bendera Malaysia ini dikenali sebagai ‘Jalur Gemilang’ dimana ia mengandungi 14 jalur merah dan putih (melintang) yang sama lebar bermula dengan jalur merah di sebelah atas dan berakhir dengan jalur putih di sebelah bawah adalah tanda keanggotaan yang sama dalam persekutuan 13 buah negeri dan 1 kerajaan persekutuan.
Bahagian yang berwarna biru tua di atas sebelah kiri membawa ke bawah hingga atas jalur merah yang kelima itu maknanya perpaduan rakyat Malaysia. Bahagian biru tua itu mengandungi anak bulan tanda Agama Islam sebagai agama rasmi Malaysia.Bintang pecah 14 itu tanda perpaduan 13 buah negeri dan Kerajaan Persekutuan. Warna kuning pada anak bulan dan bintang itu ialah warna Diraja bagi Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja.
Explanation of Jalur Gemilang in English:
The flag of Malaysia, also known as the Jalur Gemilang (“Stripes of Glory”), comprises a field of 14 alternating red and white stripes along the fly and a blue canton bearing a crescent and a 14-point star known as the Bintang Persekutuan or Federal Star. The 14 stripes, of equal width, represent the equal status in the federation of the 13 member states and the federal government, while the 14 points of the star represent the unity between these entities. The crescent represents Islam, the country’s official religion; the blue canton symbolizes the unity of the Malaysian people; the yellow of the star and crescent is the royal colour of the Malay rulers.
Jalur Gemilang
Merahmu bara semangat waja
Putihmu bersih budi pekerti
Kuning berdaulat payung negara
Biru perpaduan kami semua
Puncak dunia telah kau tawan
Lautan luas telah kau redah
Membawa semangat jiwa merdeka
Semarak jaya kami warganya
Empat belas melintang jalurnya
Semua negeri dalam Malaysia
Satu suara satu semangat
Itu sumpah warga berdaulat
Jalur gemilang... di bawah naunganmu
Jalur gemilang... kami semua bersatu
Perpaduan ketaatan
Amalan murni rakyat Malaysia
Jalur gemilang... megah kami terasa
Jalur gemilang... kibarkanlah wawasan
Merah putih biru kuning
Jalur semangat kami semua
Berkibarlah
Berkibarlah
Berkibarlah
Jalur gemilang!
Lirik Malaysia Satu - Faizal Tahir
Lagu 1Malaysia : Faizal Tahir - Malaysia Satu
Ku teguh berdiri
Tiada lagi ragu atau gentar
Ku terus berani
Melangkah maju terus ke hadapan
Satu impian nyawaku pertaruhkan
Genggaman tanganmu
Semangatku oh terus membara
Janjiku pada mu
Harapanmu ingin ku laksanakan
Kau adalah ilham
Pada mereka yang ingin berjaya
Kau terus berjuang
Demi membawa perubahan
Satu impian oh berjuta harapan
Genggaman tanganmu
Semangatku oh terus membara
Janji ku pada mu
Harapanmu ingin ku laksanakan
Satu Malaysia
Kita inspirasi pada dunia
Nama kan dijulang
Kita menjadi kebanggaan
Satu wawasan bersama bergandingan
Genggaman tanganmu
Semangatku oh terus membara
Janji ku pada mu
Harapanmu ingin ku laksanakan
Genggaman tanganmu
Semangatku oh terus membara
Janji ku pada mu
Harapanmu ingin ku laksanakan
Ada
yang bertanya kepada saya, kenapakah didalam duit
Syiling Peringatan 50 tahun Muzium Negara itu,
bendera Malaysia hanya mempunyai 11 bucu. Adakah ianya satu error dari BNM?
Apabila saya melihat syiling tersebut, memang ada 11 bucu tetapi
tidak ramai yang tahu, bendera Malaysia sebenarnya berasal daripada Bendera
Persekutuan Tanah Melayu yang rupanya lebih kurang sama dengan bendera Malaysia
tetapi mempunyai 11 bucu.
Rekabentuk bahagian belakang syiling tersebut adalah daripada
lukisan mural Cheong Lai Tong yang rasanya boleh dilihat pada dinding Muzium
Negara.
Sejarah Bendera Malaysia
Sejarah Bendera Malaysia bermula apabila Majlis Raja-Raja
Persekutuan Tanah Melayu menubuhkan satu Jawatankuasa pada tahun 1949 untuk
menimbang serta membuat perakuan berkenaan dengan Bendera Persekutuan Tanah
Melayu.
Satu pertandingan merekacipta bendera
Persekutuan Tanah Melayu telah
diadakan oleh Majlis Perundangan Persekutuan dalam tahun 1949. 373 orang telah
mengambil bahagian didalam pertandingan ini dan tiga rekabentuk bendera telah
dipilih ke peringkat akhir:
- · Reka bentuk pertama ialah lambang keris bersilang di tengah-tengah dengan dikelilingi oleh 11 bintang pecah lima.
- · Reka bentuk kedua hampir serupa dengan rekabentuk pertama kecuali 11 bintang pecah lima itu disusun dalam dua bulatan mengelilingi Keris Bersilang tersebut.
- · Reka bentuk ketiga ialah 11 jalur biru-putih dengan Bulan Bintang berwarna kuning di bahagian tepi kiri.

Sebelum
memilih rekabentuk bendera yang menjadi juara, Majlis Perundangan Persekutuan
telah menjemput orang ramai untuk memberi pendapat masing-masing tentang
rekebentuk yang disukai oleh mereka. Pendapat umum ini telah disiarkan oleh The
Malay Mail. Pada 28 November 1949, keputusan telah
dibuat berdasarkan suara majoriti orang ramai yang memilih reka bentuk ketiga
yang dicipta oleh seorang Arkitek Kerajaan di Johor iaitu Encik Mohamad bin
Hamzah.

Pada 22 dan 23 Februari 1950, Mesyuarat Majlis Raja-Raja telah
bersetuju dengan Reka bentuk bendera tersebut dengan beberapa pindaan.
Pada 19 April 1950 Majlis Perundangan Persekutuan telah meluluskan
usul yang dibentangkan oleh Pemangku Ketua Setiausaha Negara seperti berikut:
"That in the opinion of this Council, the Flag of the
Federation of Malaya should be as follows:-
Eleven horizontal stripes alternately red and white in colour, the
uppermost stripe being red, having a blue quarter with a cresent and
eleven-pointed star in yellow superimposed, the standard size of the flag to be
six feet by three feet."
Rekabentuk tersebut diubah dengan menukar warna putih pada bulan
dan bintang kepada warna kuning untuk melambangkan warna diraja bagi raja-raja
Melayu dan juga menambah bucu bintang kepada 11 untuk mengambil kira jumlah
negeri yang ada dalam Persekutuan Tanah Melayu.
Reka bentuk bendera tersebut telah mendapat kelulusan King George
VI pada 19 Mei 1950.

Pertama kali Bendera
Persekutuan Tanah Melayu dikibarkan
ialah dalam majlis menaikkan bendera tersebut yang dianjurkan oleh Pesuruhjaya
Tinggi British pada 26 Mei 1950 di perkarangan Istana Sultan Selangor dengan
dihadiri oleh D.Y.M.M. Raja-Raja Melayu dan Pegawai-Pegawai King George VI.
Percantuman Sabah, Sarawak dan Singapura dengan Persekutuan Tanah
Melayu telah melahirkan sebuah negara baru iaitu Malaysia. Dengan percantuman
itu, bendera Persekutuan Tanah Melayu telah diubah suai untuk mengambil kira
penambahan negeri-negeri tersebut.
Duli-Duli yang Maha Mulia
Raja-Raja Melayu dan Tuan-Tuan Yang Terutama Gabenor-Gabenor dalam satu
Persidangan Majlis Raja-Raja menjelang pembentukan Malaysia telah
memperkenankan iaitu reka bentuk Bendera Malaysia hendaklah mengikut reka
bentuk Bendera Persekutuan Tanah
Melayu dengan pengubahsuaian pada bilangan jalur-jalur dan bintang
pecah 14 bagi menunjukkan 14 buah negeri baru bagi Persekutuan Malaysia.
Walaupun Singapura berpisah daripada Malaysia pada 9 Ogos 1965,
namun jalur-jalur dan bintang pecah 14 terus dikekalkan hingga sekarang. Kini
jalur-jalur dan bintang berpenjuru 14 melambangkan keanggotaan yang sama dalam
Persekutuan 13 buah negeri dan Kerajaan Persekutuan (terdiri daripada 3 Wilayah
Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.)
Maksud Rekabentuk Bendera Malaysia
Bendera Malaysia; dikenali sebagai Jalur
Gemilang, mengandungi 14 jalur merah dan putih (melintang) yang sama lebar
bermula dengan jalur merah di sebelah atas dan berakhir dengan jalur putih di
sebelah bawah, tanda keanggotaan yang sama dalam persekutuan 13 buah negeri dan
1 kerajaan persekutuan - Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan,
Pahang, Pulau Pinang, Perak, Perlis, Sabah, Sarawak, Selangor dan Terengganu
dan Kerajaan Persekutuan.

Bahagian yang berwarna biru tua di atas sebelah kiri membawa ke
bawah hingga atas jalur merah yang kelima itu maknanya perpaduan rakyat
Malaysia. Bahagian biru tua itu mengandungi anak bulan tanda Agama Islam -
agama rasmi bagi Persekutuan (Malaysia seperti yang telah tertakluk dibawah
Perlembagaan Negara Malaysia).

Dalam mesyuarat pada 1 April 1996, jawatankuasa induk peraduan
mencipta nama bendera Malaysia telah bersetuju bahawa pemilihan cadangan nama
bendera Malaysia tidak perlu dibuat melalui peraduan tetapi memadai dipilih
daripada senarai nama yang dikemukakan oleh ahli-ahli jawatankuasa yang terdiri
daripada wakil-wakil kementerian dan agensi yang berkaitan. Tun Dr. Mahathir Mohamad
bersetuju dengan cadangan tersebut. Nama Jawatankuasa itu kemudiannya ditukar
menjadi, Jawatankuasa Induk Menamakan Bendera Malaysia.
Jawatankuasa itu telah menimbang 75 cadangan nama berserta
huraiannya. Setelah penelitian dibuat, tiga cadangan nama dipilih iaitu ‘Setia
Perkasa’, ‘Seri Setia Perkasa’ dan ‘Seri Setia Negara’. Cadangan nama-nama
tersebut dipilih kerana ia didapati sesuai sebagai lambang sejarah dan
perjuangan negara serta mampu memupuk semangat jitu di kalangan rakyat untuk
terus maju membina sebuah negara yang aman makmur.
Pada 11 September 1996, usul dikemukakan kepada jemaah menteri
mengenai tiga nama cadangan yang dipilih. Namun, kesemua nama-nama tersebut
gagal memikat hati ahli-ahli mesyuarat Kabinet yang berpandangan bahawa ia
tidak benar-benar melambangkan sifat dan semangat yang diwakili oleh bendera
Malaysia itu sendiri.
Jemaah menteri kemudiannya meminta supaya cadangan-cadangan baru
dikemukakan. Berikutan keputusan itu, Jawatankuasa Induk Menamakan Bendera
Malaysia bersidang semula untuk mencari cadangan nama-nama baru untuk bendera
Malaysia.
Dalam mesyuarat pada 2 Jun 1997 yang dipengerusikan oleh Tan Sri
Abdul Halim Ali, Ketua Setiausaha Negara pada waktu itu sebanyak 28 cadangan
nama dipertimbangkan. Setelah membuat penelitian, mesyuarat bersetuju memilih
tiga nama mengikut keutamaan seperti berikut: ‘Jalur Gemilang’, ‘Jalur Nusa
Gemilang’ dan ‘Jalur Sinar Gemilang’.

Apabila ketiga-tiga cadangan nama tersebut dibentangkan pada 9
Julai 1997, jemaah menteri telah bersetuju supaya bendera Malaysia diberi nama
‘Jalur Gemilang’.
Nama Jalur Gemilang di ilhamkan oleh Tuan Haji Md. Rebuan @Md.
Redzuan Bin Tumin Pegawai Dari Jabatan Muzium Antikuiti.
Maksud Nama Jalur Gemilang
JALUR - menggambarkan Bendera Malaysia yang mempunyai 14 jalur
merah dan putih. Oleh itu, lambang jalur pada Bendera Malaysia menggambarkan
satu haluan yang lurus, hala tuju yang sama dan arah yang sama yang dianuti
oleh rakyat negara ini dari Perlis hingga ke Sabah dalam menuju kegemilangan
bangsa dan negara.
GEMILANG - bermaksud bercahaya, terang-benderang dan cemerlang.
Oleh yang demikian Bendera Malaysia Jalur Gemilang memberi pengertian bahawa
jalur atau bendera itu melambangkan kecemerlangan negara Malaysia dan rakyat
Malaysia dalam mengharungi apa bidang kehidupan sekali pun sama ada di dalam
atau di luar negara. Kesungguhan, kegigihan dan kesanggupan rakyat untuk
menaikkan imej negara, sesungguhnya sentiasa mendapat petunjuk dan pedoman yang
terang lagi jelas.