Saat paling getir bagi orang yang sedang berdampingan dengan pasangan yagn sedang dikasihi ilah ia ditinggalkan pergi oleh orang yang amat dicintainyaitu. Putus Kasih.
Selalunya perisitiewa putus kasih yang menyakitkan bersebab dari pasangan hidup yang anda cintai mendapat 'orang baru'. dipaksa oleh keadaan untuk berpisah hidup dengan anda ataupun ia pergi begitu saja tanpa khabar berita.tanpa pesan, meninggalkan anda terkatung-katung seorang diri.
Tragedi ini akan membuat perasaan berkocak, Sedih dan pedih, sakit hati dan marah, benci dan dendam, pendek kata segala bentuk pernyataan perasaan yang negatif akan bercampur- baur mengawal pemikiran dan emosi.
Di dalam keadaan di mana persepsi anda kacau-bilau ini, anda merasa diri terhina yang amat sangat, diri tidak membawa pengertian kepada anda bahawa diri anda malang dan keseorangan.
' Sampai hati engakau tinggalkan daku', 'Apakah dosaku kau buat begini', 'Tak kusangka kau begitukejam emngkhianati cinta kita;, 'Kusangka hujang hingga ke petan, kiranya badai di tengah hari', adalah kata-kata rintihan yang sentiasa membuak perasaan di dalam dada mendesak tercurahnya si air mata.
Tanpa sidia anda rasakan hidup ini sepi dan tak bererti. Masa depan anda gelap pekat. Segala kebahagian musnah hancur lebur berkecai-kecai. Hanya dengan si dia saja anda boleh membina mahligai bahagia.
Tanpa si dia anda rasakan pintu hati anda akan tertutup rapat selama-lamanya. tak siapa pun yang akan membukanya kembali. Hanya si dia saja yang paling layak menjadi pasangan hidup anda. sedangkan orang lain tidak.
Rasa sepi yang begitu menekan, membuat hadirnya individu-individu yang sangat mengasihi dan memerlukan anda tidak wujud dalam pandangan anda. Segala bunyi dan suara yang menyenang dan menghiburkan tak terdengan oleh anda. Anda seolah buta dan pekak oleh perasaan anda.
Dalam keadaan demikian, maka tercetus gelojak lara di hati untuk membawa diri dan gejolak lara di hati untuk membawa diri dan gejolak dendam di dalam perasaan untuk menebus balasan.
Bagaimanapun bagi mereka yang masih dapat mendengar bisikan suara nuraininya,bahawa rezeki, maut, jodoh dan pertemuan di tangan Yang Maha Kuasa, maka keadaan teruk yangdigambarkanitu tidak akan membawa kepada kondisi yang lebih parah.
Pegangan terhadap ketentuan mutlak itu akan menjadi asas untuk menimbulkan kesedaran, bahawa tidak semuakemahuan dan hasrat seseorangitu dapat dipenuhi sebagaimana yang telah diatur mengikut kehendaknya.
Jika anda dapat menerima hakikat ini, anda tidak akan merasa malang, kerana janji dimungkiri dan tidak pula merasa disakiti, kerana cinta dikhianati. Anda juga tidak akan membiarkan diri dan masa depan anda hancur tanpa faedahdisebabkan oleh seoranginsan yang bernama kekasih.
Kita boleh berkorbankan untuk cinta, tetapi janganjadi korban kerana cinta.
Walau kenyataan 'kumbang tidak seekor, kembang tak sekuntum' boleh anda tangkis dengan hujah : 'si dia hanya seorang', tetapi adakah di seorang saja yang boleh membahagikan anda?
Kalau boleh mengapa dia meninggalkan anda? Mengapa ia menyeleweng , memungkiri janjai? Mengkhianati cinta anda?
Dengan berfikri dan mengawal emosi berdasarkan kesedaran itu, tanpa emngasingkan diri dan emngisi masa terluang dengan menyertai kegiatan-ketiatan yang berfaedah, kesepian disebabkan putus kasih secara beransur-ansur pulih seperti sediakala.
No comments:
Post a Comment