26 August 2014

Anda dan diri Anda

Buat Renungan :-


  • Peribadi terbentuk dari sejumlah bersar idea yang mana idea-idea tersebut antara satu sama lain saling bercampur-baur ditengah-tengah idea itu adalah konsep diri anda.
  • Seseorang itu hendaklah menghormati dirinya sendiri. Untuk itu ia tidak boleh emnggelakkan diri dari tanggungjawabya bagi penghidupannya dan memainkan peranan untuk kehidupan di dunia.
  • Imej-diri yang segar dan subur merupakan nyawa bagi kejayaan. Segar dan subur yang tidak mengandungi ciri-ciri keangkuhan atau ego yang melambung-lambung dan mementingkan diri semata-mata.
  • Seserang itu tidak akan dapat melakukan apa jua di dalam cara yagn positif selagi ia berpegang kepada perasaan yang negatif terhadap dirinya. Dia harus belajar merasakan bahawa dirinya berharga danbererti.
KESEPIAN : RESPONS YANG NEGATIF BOLEH MERACUNI HIDUP

Kesepian sebagai satu keadaan yang berpunca dari kondisi psikologi kesannya amat sukar untuk dielak oleh peribadi yang mengalaminya. Kehadirannya menagih tindak balas. Memaksa respons dari yang merasakan kesepian itu.

Ada dua macam respons terhadap kesepian iaitu secar positif dan secara negatif. Yang menentukan samada  respons itu positif ataupun negatif adalah sikap individu yang menyebabkan timbulnya kesepian itu. Pilihan cara untuk mengatasi kesepian itulahyang menentukan samada kesepian itu akan menjejaskan  kebahagian dan faedah hidup atau seblaiknya.
Yang dikatakan respons negatif sebagai tindak balas terhadap kesepian ialah melarikan dari kenyataan. Sikap ini mungkin timbul dan nampak seakan-akan merupakan satu-satunya jalan untuk menyelesaikan masalah kesepian.

      Selalunya sikap demikian pada lahirnya saja memberi jalan yang paling mudah untuk mengatasi masalah ke sepian, tetapi hakikatnya tidak begitu. Ia lebih merupakan satu pengeliruan terhadap perasaan.

Seseorang  yang sedang  dilanda masalah kesepian tidak seharunya memilih cara tersebut jika ingin kembali sikap yang haru dibina ialah mengatasi kesepian denganreaksi yan gpositif dan menghindarkan reaksi yang negatif. Respon negatif terhadap masalah kesepian pada lumrahnya terbahagi dalam sifat iaitu:
  1. Alkholisme yakni mengamalkan minuman keras;
  2. Dadah
  3. Makan, selalu merasa lapa dan sering makan;
  4. Hipokondria, merasa diri sakit, tet;api tidak ada penyakit; 
  5. Kekanak-kanakan atau anti-sosial   dan :
  6. Keinginan untuk mati. 
Jika anda tergoda atau memilih salah satu dari enam 'jalan' yang disebutkan itu. maka anda tidak menyelesaikan kesepian anda, tetapi menambah masalah. Bagaimana  caranya untuk menhindarkan diri dari respons yang negatif?

Dengan mengetahui dan menyedari akan sifat-sifat respons yang negetif itu. bererti  individu yang sedang dilanda oleh masalah kesepian telah melangkah ke arah respons yang positif.

Justeru setelah mengetahuinya, ianya dapat  dihindari. Menyedari bahawa sesungguhnya  respons negatif bukan merupakan cara untuk mengatasi masalah kesepian, maka dengan itu anda dapat mengalihkan arah pemikiran dan tindakan anda kepada yang positif.

No comments:

Post a Comment