27 August 2014

KITAB NIKAH(PERKHAWINAN)


Takrif Perkhawinan: iaitu 'aqad' yang menghalalkan pergaulan dan membatasi hak dan kewajipan serta bertolon-tolongang antara seorang lelaki dan seorang perempuan yang antara keduanya bukan muhrim :

Rujuk firman Allah : Surah An-Nisa '3'

"Maka bolehlah kamu menikahi perempuan yang kamu suka untuk kamu, dua atau tiga atau empat, jika kiranya kamu takut tidak dapat berlaku adil di antara mereka itu, hendaklah kamu kawini seorang saja"



Nikah adalah adalah salah satu asas pokok hidup yang terutama dalam pergaulan atau masyarakat yagn sempurna, buka saja perkawinan tangga dan turunan, tetapi perkawinan itu dapat di pandang sebagai satu jalan amat mulia untuk  mengatur kehidupan rumah" tangga dan keturunan, tetapi perkhawinan itu dapat dipandang sebagai  satu jalan menuju pintu perkenalan antara satu kaum dengan yang lain. Serta perkenalan itu akan menjadi jalan buat menyampaikan kepada bertolong-tolongan antara satu dengan yang lain.

Sebenarnya pertalian nikah adalah pertalian yang seteguh-teguhnya dalam hidup dan kehidupan manusia. bukan saja antara suami isteri dan turunan bahkan antara dua keluarga. nbetapa tidak? Dari sebab pergaulan antara si isteri dengan suaminya, kasih dari kedua belah pihaknya, sehingga mereka menjadi satu dalam segala urusan bertolong-tolongan sesamanya dalam menjalankan kebaikan dan menjagi segala kejahatan. Selain dari pada itu, dengan perkahawinan seseorangakan terpelihara daripada kebinasaan hawa nafsunya.

Sabda Rasulullah s.a.w:

"Hai pemuda-pemuda, barang siapa yang mampu di antara kamu serta  berkeinginan hendak khawin. hendaklah dia khawin.Kerana sesungguhnya perkhawinan itu akan memejamkan matanya  terhadap orangyang tidak halal dilihatnya, dan akan memeliharakannya dari godaan shawat. Dan barang siapa yang tidak mampu khawin hendaklah dia puasa. Kerana dengan puasa. hawa nafsunya terhadap perempuan akan berkurangan"

Dari 'Aisyah, kawinilah olehmu kaum wanita itu, maka sesungguhnya mereka akan mendatangka harta (rezeki) bagi kamu. Riwayat Hakim dan Abu Daud.

Sabda Rasulullah  dari Amru Ibnu AS  yang bermaksud:

"Dunia itu harta benda dan sebaik-baik harta benda dunia, perempuan yang saleh", Riwayat Muslim,

Dalam pada itu, faedah yang terbesar dalam perkhawinan ialah, untuk menjaga dan memelihara perempuan yang bersifat lemah itu daripada kebinasaan. Sebab seorang perempuan, apbila ia sudah kawin, maka nafkahnya (belanjanya) jadi wajib atas tanggungan suaminya. Perkhawinan juga berguna untuk memelihara  kerukunan anak cucu(keturunan), sebab kalau tidak dengan nikah tentulah anak tidak bertentuan siapa yang akan mengurusnya dan siapa yang bertanggung jawab atasnya. Nikah juga dipandang sebagai permasalahan umum, kerana kalau tidak perkhawinan tentu manusia akan menurutkan sifat kebinatangan, dan dengan sifat itu akan timbul perselisihan, bencana dan permusuhan antara sesamanya, yang mungkin juga sampai menimbulkan pembunuhan yang maha dasyat.

Demikianlah maksud perkhawinan yang sejati dalam Islam. Dengan singkat untuk permasalahan dalam rumah tangga dan keturunan, juga untuk permasalahan masyarakat.

Maka dari sebabitu syari'at Islam mengadakan beberapa peraturan untuk menjag keselamatan perkhawinan ini. Tetapi sebelumnya kita menerangkan syarat
-syarat dan rukunnya, begitu juga kewajipan dan hak masing-masing antara suami isteri, lebih dahulu akan kita uraikan tujuan perkhawian dalam anggapan yangberlaku dalam kehendak manusia. Telah berlaku anggapankebanyakan pemuda-pemuda dari dahulu sampai sekarang, mereka ingin khawin lantara beberapa sebab, di antaranya:


  1. Kerana Mengharap hartabenda
  2. Kerana Mengharap kebangsawanannya.
  3. Kerana ingi melihat kecantikannya.
  4. kerana agama dan budi pekertinya yang baik.



No comments:

Post a Comment