M A B
A D I (POKOK-POKOK) YANG SEPULOH
Sebelum mula mempelajari
ilmu fiqh, sebaiknya diketahui lebih dahulu sepuloh perkara yang tersebut
dibawah ini:-
1.
Takrif : Erti kata Fiqh menurut bahasa Arab Paham atau :
Pengertian
mengikut Istilah : Ilmu untuk mengetahui hukum-hukum syara’ yang pada perbuatan anggota, diambil dari
dalil-dalinya yang tafashili(terperinci).
2. Yang mengaturnya: Nabi besar s.a.w dan yang menyusunnya secara susunan sekarang ini, ialah Imam Abu
Hanifah.
3. Namanya : Ilmu
F I Q H
4. Nisbathu (bandingannya dengan ilmu lain): Bandingannya
denganilmu-ilmu lain, ialahilmu untuk mengetahui hukum hukum agama (syara)
berbeza dengan ilmu ilmu lain.
5. Maudu’nya: Tempat berlaku ilmu Fiqh pada perbuatan-perbuatan
yang mungkin mengakibatkan hukum-hkum yan g lima.
6. Hukumya : Hukum belajar Fiqh fardu ‘ain, sekadar untuk
mengetahui ibadat yagn sah atau tidak, dan selebihnya (lain dari itu) fardu
kifayah.
7. Tujuan (Buahnya): Buah daripada mengamlakan dan mengetahui ilmu Fiqh mendapat keredhaan
allah s.w.t yang menjadi jalan
kebahagian dunia dan akhirat.
8. Kelebihannya : fiqh melebihi segala ilmu, seperti sabd
rasulullahs.a.w “…Barang siapa yangdikehendaki alah menjaid oran gyang baik
disisiNya. dijakikanNya orang itu ahli agama”(ahli Fiqh).
9. Pengambilannya : fiqh diambil dari quran, Sunnah, Ijmak dan
Qias
“(Dengan ini teranglah salahnya snagkaan orang yang mengatakan
bahawa ilmu fiqh semat-mata pendapat manusia (alim ulama0 saja. Kerana sebenarnya
Fiqh itu diambil dan disusun dari quraan. Hadis, Ijmak dan qias : qiaspun harus
berdasar dair quraan dan Hadis, sebagai diketahi oleh tiap-tiap orang yang
mempelajari Ilmu Usul Fiqh)
10.
Misalnya (Yang
diperbincangkannya) : Kalimat – kalimat yang mengandungi hukum, langsung atau
tidak langsung, seperti kita katakan,
fitrah itu wajib, atau wudhu; itu syarat sembahyang.
Sebagai renungan dan amalan yang seharus di fahami pengikut yang hebat dalam Islam.....
ReplyDelete