29 August 2014

M A B A D I

M A B A D I (POKOK-POKOK) YANG SEPULOH

Sebelum mula mempelajari ilmu fiqh, sebaiknya diketahui lebih dahulu sepuloh perkara yang tersebut dibawah ini:-

1.        Takrif :    Erti kata Fiqh menurut bahasa Arab  Paham atau :
               Pengertian mengikut Istilah : Ilmu untuk mengetahui hukum-hukum  syara’  yang pada perbuatan anggota, diambil dari dalil-dalinya yang  tafashili(terperinci).

2.       Yang mengaturnya: Nabi besar s.a.w dan yang menyusunnya  secara susunan sekarang ini, ialah Imam Abu Hanifah.

3.       Namanya :            Ilmu F I Q H

4.      Nisbathu (bandingannya dengan ilmu lain): Bandingannya denganilmu-ilmu lain, ialahilmu untuk mengetahui hukum hukum agama (syara) berbeza dengan ilmu ilmu lain.

5.       Maudu’nya: Tempat berlaku ilmu Fiqh pada perbuatan-perbuatan yang mungkin mengakibatkan hukum-hkum yan g lima.

6.      Hukumya : Hukum belajar Fiqh fardu ‘ain, sekadar untuk mengetahui ibadat yagn sah atau tidak, dan selebihnya (lain dari itu) fardu kifayah.

7.       Tujuan (Buahnya): Buah daripada mengamlakan  dan mengetahui ilmu Fiqh mendapat keredhaan allah s.w.t yang menjadi jalan  kebahagian dunia dan akhirat.

8.      Kelebihannya : fiqh melebihi segala ilmu, seperti sabd rasulullahs.a.w “…Barang siapa yangdikehendaki alah menjaid oran gyang baik disisiNya. dijakikanNya orang itu ahli agama”(ahli Fiqh).

9.      Pengambilannya : fiqh diambil dari quran, Sunnah, Ijmak dan Qias
 “(Dengan ini teranglah salahnya snagkaan orang yang mengatakan bahawa ilmu fiqh semat-mata pendapat manusia (alim ulama0 saja. Kerana sebenarnya Fiqh itu diambil dan disusun dari quraan. Hadis, Ijmak dan qias : qiaspun harus berdasar dair quraan dan Hadis, sebagai diketahi oleh tiap-tiap orang yang mempelajari Ilmu Usul Fiqh)


10.     Misalnya (Yang diperbincangkannya) : Kalimat – kalimat yang mengandungi hukum, langsung atau tidak langsung, seperti kita  katakan, fitrah itu wajib, atau wudhu; itu syarat sembahyang.

1 comment:

  1. Sebagai renungan dan amalan yang seharus di fahami pengikut yang hebat dalam Islam.....

    ReplyDelete